Assalamu’alaikum
Warahmatullahi wabarakatuh
Kecemerlangan anak bermula dari rumah. Kejayaan dalam mencorakkan anak melalui
medium pendidikan samada dari segi akademik dan agama adalah kunci dalam
mencari kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Keprihatinan tuan/puan sebagai ibu
dan bapa dalam menitikberatkan pendidikan anak akan mendorong mereka mencapai
kecemerlangan yang maksimum. Setiap umat islam samada lelaki dan perempuan
digesa untuk mendapatkan untuk mendapatkan dunia dan akhirat.
Perkhidmatan Tuisyen
di Rumah
Pembelajaran di sekolah sahaja adalah tidak cukup untuk mendorong anak untuk
menggapai KECEMERLANGAN. Bahkan, ramai pelajar yang sudah BERJAYA telah
menggunapakai sistem tuisyen di rumah. Hampir 90% ibu bapa pelajar-pelajar
bukan Melayu yang menggunakan khidmat tuisyen di rumah dan telah menunjuk
prestasi yang CEMERLANG.
Namun, ibu bapa dan pelajar Melayu pada masa sekarang juga telah mengetahui dan
memahami akan kepentingan tuisyen terutamanya ‘Home Tuition’ bagi
merealisasikan cita-cita dan impian setiap anak untuk menjadi tunggak Negara
Malaysia pada masa hadapan.
Dewasa ini, Negara Malaysia telah melahirkan ramai tenaga-tenaga pakar dan professional
di kalangan bumiputera yang sangat kompeten dan berpengetahuan tinggi. Didikan
anak pada masa sekarang sangat penting bagi meneruskan kesinambungan ini.
Home Tuition sebagai
Alternatif Terbaik
a) Pengfokusan terhadap murid/pelajar adalah 100%. Pelajar mendapat perhatian
penuh dari pelbagai sudut pengajaran. Inilah kelebihan Home Tuition yang tidak
dapat diberikan di sekolah.
b) Meningkatkan keyakinan murid/pelajar untuk berani bertanya. Ini terbukti
kerana, hampir 80% pelajar yang berada di dalam bilik darjah di sekolah agak
malu untuk bertanya atau terlalu takut samada diketawakan atau dimarahi oleh
guru kerana bertanyakan soalan yang dianggap remeh. Home Tuition memberikan
peluang 100% kepada murid/pelajar untuk bebas bertanya.
c) Kebertanggungjawaban terhadap murid/pelajar menjadi keutamaan. Ini benar,
kerana kebanyakan sekolah hanya sibuk untuk menghabiskan silibus dengan cepat
dan kebanyakan pusat tuisyen juga hanya mementingkan keuntungan semata-mata.
Home Tuition sangat menitikberatkan kadar penerimaan murid/pelajar terhadap
teknik pengajaran yang digunakan.
d) Persekitaran belajar yang lebih disukai oleh murid/pelajar. Persekitaran
atau tempat belajar untuk murid/pelajar sangat mempengaruhi tahap mudah serap
ilmu yang disampaikan oleh guru. Dengan pengajaran yang dijalankan dirumah akan
memberikan keselesaan sepenuhnya kepada murid/pelajar.
e) Ibu bapa sendiri dapat memerhatikan kesungguhan dan prestasi belajar anak di
rumah tanpa perlu risau akan keselamatan anak yang perlu keluar ke kelas
tuisyen. Sudah pasti ini menjadi jaminan yang anak anda benar-benar belajar
tanpa perlu risau jika anak ponteng ke tempat lain.
f) Menaikkan semangat dan minat belajar murid/pelajar. Teknik mengajar yang
berbeza daripada di sekolah dan pusat tuisyen akan memberikan lebih banyak
ruang dan peluang kepada murid/pelajar untuk menonjol.
Masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan pelajar di Malaysia
Apa masalah utama ? Disini saya senaraikan beberapa
contoh:
1) Tidak memahami konsep yang diajar.
Untuk mempelajari dan menguasai subjek ini, pelajar perlu peka dan fokus ketika
proses pengajaran dijalankan. Ini adalah subjek yang agak mustahil untuk
difahami dalam masa yang singkat dan bagi pengamal belajar saat akhir.
Penguasaan asas bagi subjek ini ialah memahami konsep Catatan Bergu iaitu
memahirkan diri dengan ‘Debit dan Kredit’.
2) Kurang Membuat Latihan
Latihan yang sangat banyak diperlukan bagi memahirkan diri. Setelah mahir,
pelajar akan menjawab soalan atas dasar ‘FAHAM’ dan ‘HAYATI’, bukan setakat
‘COPY’ dan ‘PASTE’. Ini sangat bahaya kerana pembuat soalan boleh mengolah
soalan yang mudah menjadi sangat susah dan memeningkan. Maka latihan sangat
dititikberatkan dan inilah rahsia untuk menguasai Akaun.
3) Tidak Memahami Kehendak Soalan
Soalan yang mudah boleh menjadi sangat sukar jika pelajar gagal membaca arahan
dan kehendak soalan dengan tepat. Dalam situasi ini, teknik menjawab perlu
disusun dengan betul dan penuh berhati-hati. Di dalam subjek akaun, satu
kesilapan konsep walhal angka sekalipun akan pasti mempengaruhi keseluruhan
jawapan.
4) Terlalu Banyak Formula Dan Format Perlu Dihafal
Tidak ada satu subjek pun yang tidak menggunakan formula dan format. Menghafal
formula dan format adalah prinsip utama Akaun. Rahsia untuk menghafal format
adalah mengetahui perkaitan, keutamaan dan kepentingan setiap ‘point’ di dalam
format itu.
Pelajaran akan menjadi mudah jika pelajar betul-betul
berminat ,memahami ,menggunakan khidmat Mualim Tuition. InsyaAllah.